PERHATIAN PENTING!:
CARIAN DI LAMAN INI...
Sunday, 19 August 2018
Saturday, 18 August 2018
Wednesday, 11 April 2018
Wednesday, 28 March 2018
9 Mac 2018 LAPORAN PROGRAM MERENTAS DESA 2018
Tarikh : 9hb. Mac 2018 ( Jumaat )
Masa : 07.45 pagi – 11.00 pagi
Jarak larian : 3.3km
Penglibatan : Semua murid
tahun 3,4,5 dan 6. dan semua guru SKSB
Kejohanan merentas desa ini merupakan acara tahunan sekolah. Aktiviti ini melibatkan kesemua murid tahun 3 hingga tahun 6 Sekolah Kebangsaan Seri Bayu. Pertandingan ini dikategorikan kepada beberapa kategori dan hadiah diberi berdasarkan kategori. Aktiviti ini dijalankan dalam bentuk pertandingan individu dan markah pemenang akan direkod berdasarkan rumah sukan.
MATLAMAT
Matlamat kejohanan merentas desa ini adalah untuk menyediakan landasan kepada murid – murid supaya menjalani hidup yang cergas dan positif di samping sebagai salah satu aktiviti 1M1S. Murid – murid yang menjalani kehidupan yang cergas dan positif dapat membantu mereka menjadi cerdas di dalam kelas. Ini dapat meningkatkan prestasi akademik mereka dan sekaligus melahirkan murid yang seimbang.
Aktiviti bermula seawal jam 7.45 pagi di Dataran Bayu Guru-guru rumah sukan saling membantu menyusun murid-murid mengikut kelas masing-masing. Pada jam 7.45 pagi, murid-murid dilibatkan dengan aktiviti senam robik untuk meregang dan memanaskan badan.. Acara senam robik ini dipimpin oleh En. Mohamad Faris Fakhrullah b. Fauzi. . Guru-guru juga turut bersama melibatkan diri dalam senam robik ini. Selepas itu pada pukul 8.00 pagi En. Shamsul Nizam selaku setiausaha ko-kurikulum memberi sedikit taklimat kepada murid..

Tepat pukul 8.45 pagi, murid Pra sekolah , Tahun 1 dan 2 mengambil tempat di foyer sekolah untuk memulakan aktiviti pertandingan mewarna poster. Manakala murid tahun 3 hingga 6 bergerak ke tempat pelepasan bersama guru-guru yang telah ditetapkan.
Pada pukul 9.00 pagi, Tuan Guru besar melepaskan larian merentas desa murid lelaki di sebelah foyer.. Ini diikuti oleh pelepasan peserta larian perempuan pula selepas itu. Murid-murid berlari menurut laluan yang telah ditetapkan melalui 8 stesen yang telah dirancang. Setelah selesai, mereka diberi minuman secara percuma oleh Pn. Saemah dan rakan-rakan setugas.
Pada pukul 10.00 pagi murid-murid tahap 1 berehat di kantin . Ini diikuti pula oleh murid-murid tahap 2 pada pukul 10.20 pagi. Pada pukul 10.40 Pagi Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh Tn. Guru besar dan En. Zaidi selaku Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum
Pada pukul 11.00 Pagi aktiviti keceriaan kelas pun bermula. Pada masa ini guru kelas dan guru pembantu serta murid-murid berkumpul dikelas masing-masing untuk membersih, bergotong-royong dan menceriakan kelas.
Pada pukul 12.05 program ini pun berakhir. Secara keseluruhannya program ini telah bejalan lancar seperti yang dirancangkan dan cuaca adalah baik.
Pada pukul 12.05 program ini pun berakhir. Secara keseluruhannya program ini telah bejalan lancar seperti yang dirancangkan dan cuaca adalah baik.
Thursday, 15 March 2018
Subscribe to:
Posts (Atom)