PERHATIAN PENTING!:

LAMAN INI PALING SESUAI DILAYARI DENGAN PERISIAN MOZILLA FIREFOX. SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA..1. LAMAN INI ADALAH KESINAMBUNGAN DARIPADA LAMAN LAMA SKSB.IA HANYA MEMAPARKAN PERISTIWA BERMULA JANUARI 2013. 2.SILA KLIK BUTANG "ARKIB" (DI ATAS) JIKA ANDA INGIN MENGUNJUNGI LAMAN LAMA (2010 HINGGA 2012) TERSEBUT.3.LAMAN INI BERTUJUAN UNTUK PENDIDIKAN SAHAJA DAN TIDAK BERTUJUAN UNTUK MEMAPARKAN GAMBAR-GAMBAR YG. BERSIFAT PERIBADI... ATAU MENYINGGUNG MANA-MANA PIHAK....

CARIAN DI LAMAN INI...

Sunday 30 June 2013

KEJOHANAN SUKAN DAN OLAHRAGA KALI KE 13 2013

29 Jun 2013 (Sabtu)
Tempat :Padang Awam Perda
Waktu: 8.30 hingga 2.00 ptg
Perasmi: En. Mustafa Hashim dari PPD Baratdaya

ACARA LARIAN-IHSAN EN. MASRI ISHAK

Tn. GB-En. Ahmad Azmi sedang memberi kata aluan


 
Olahragawan SKSB 2013

Gambar bawah: olahragawan dan olahragawati bergambar besama keluarga masing-masing
 

Gelagat ahli-ahli rumah sukan (bawah)



Salah satu acara sukaneka untuk tahap 1

Gelagat "ganas" Rumah Kasauri (Hijau) dan bacaan doa


Perbarisan Sedang Menyanyikan Lagu "Negaraku"



En. Mustafa Hasyim sedang memberi ucapan perasmian

Gelagat rumah Rajawali (rumah merah)
Rumah Cenderawasih (kuning)

Rumah Kenyalang (biru)

Bacaan ikrar sukan

"Radio SKSB" sedang beroperasi

Antara Para Pegawai Kejohanan (Lelaki)

 Sebahagian Pegawai Kejohanan (Wanita)

 Antara Dif Kehormat ialah Yang diPertua PIBG: En Syaifuddin Azam (berbaju hitam)

 Pn. Saemah, salah seorang pengacara majlis

Johan Sukan Tahunan 2013 ialah rumah Cenderawasih


Wakil Pasukan Tarik Tali untuk kaum Bapa


Tn. GB, En Ahmad Azmi sedang menyampaikan hadiah

Acara tarik tali kakitangan SKSB vs Kaum Bapa murid

En. Hidzir, Pen. Kanan 1 sedang menyampaikan hadiah

Tn. Hj. Mansor (Penolong Kanan Ko-kurikulum)sedang menyampaikan hadiah

En. Rizal, Penolong Kanan HEM sedang menyampaikan hadiah

 Pasukan kompang bimbingan Pn. Normurni
dan Pn. Rosnaini  menyambut kedatangan VIP

 Pemasangan Khemah Sukan olah guru dan murid

Pihak SKSB berasa amat lega kerana pada hari Kejohanan Sukan ini., hujan tidak turun seperti hari-hari sebelumnya. Oleh itu , acara dapat berjalan lancar. Rumah Cenderawasih dinobatkan sebagai pasukan johan bagi tahun ini.Tahniah!

Saturday 22 June 2013

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

TARIKH: 20 JUN 2013 (JUMAAT)
ANJURAN : KELAB GURU SKSB
PENGLIBATAN SEMUA MURID DAN KAKITANGAN SKSB
8.00-12.05 PETANG
SEKITAR SKSB

 NYANYIAN LAGU GURU MALAYSIA

 BACAAN YASIN SEMUA GURU DAN MURID

 UCAPAN DARI WAKIL MURID

 PERSEMBAHAN MURID DAN GURU

BACAAN SAJAK DARI PN. NORMURNI DAN KUMPULAN MURID PRA-SEKOLAH

TARIAN "SHUFFLE" OLEH MURID LELAKI TAHAP 2

PERSEMBAHAN LAGU "TERIMA KASIH CIKGU"  
OLEH MURID PEREMPUAN


JAMUAN DAN  ACARA  MEMOTONG KEK

 BACAAN IKRAR

 
PERSEMBAHAN SILAPMATA OLEH EN. SHAHRIN 
DAN DIBANTU OLEH MURID 4 BUDIMAN

Majlis dimulai dengan perhimpunan khas. Lagu Negaraku dan lagu negeri Pulau Pinang kemudiannya dinyanyikan. Seterusnya En. Bukhari membacakan doa selamat dan semua guru dan murid SKSB yang beragama Islam membaca Yaasin di tapak perhimpunan. Selepas itu ketua murid menyampaikan ucapan mewakili murid dan diikuti oleh  Tn. Guru Besar menyampaikan Perutusan dari Menteri Pendidikan.

 Majlis diteruskan lagi dengan bacaan ikrar dari semua guru dan terus menyanyikan lagu Guru Malaysia. Selepas itu murid menyampaikan hadiah kepada guru-guru. Selepas rehat murid dan guru memeriahkan sukaneka dan terus menuju ke foyer untuk menyaksikan persembahan dari murid dan guru. Antara persembahan pada hari tersebut ialah Tarian 1 Malaysia, Nyanyian dari kumpulan murid perempuan, tarian guru, sajak dari cikgu Murni dan murid pra-sekolah dan pertunjukan silapmata dari En. Shahrin.

Selepas semua murid pulang, guru-guru bertukar-tukar hadiah di antara satu sama lain dan menikmati jamuan hari guru yang ditaja oleh pengusaha kantin SKSB, En. Mohd. Hatta.

Saturday 1 June 2013

RAKAMAN SUARA UTK RADIO SKSB

PENGLIBATAN: MURID TAHUN 6 YANG BERJASA PD SEKOLAH
ANJURAN: UNIT KAUNSELING, RADIO SKSB DGN BANTUAN PUSAT RACUN NEGARA, USM
TEMPAT: BILIK KAUNSELING

 PROF DR, RAZAK, PENGARAH PUSAT RACUN NEGARA SEDANG MEMBANTU KRU DARI USM DI DALAM BILIK KAUNSELING



 BERGAMBAR BERAMAI-RAMAI SELEPAS SESI RAKAMAN SUARA UNTUK IKLAN "ANTI-INHALAN" UNTUK RADIO SKSB

GAMBAR DI BAWAH: BANNER RADIO SKSB
16 Mei 2013

Suatu kunjungan hormat telah diadakan oleh rombongan Pusat Racun Negara di ketuai oleh Prof. Dr. Razak untuk merakam iklan "anti-inhalan" (anti menghidu gam dsb yg merbahaya) di SKSB. Rakaman ini dicadang akan disiarkan di Radio SKSB setiap hari. Murid yang terlibat ialah murid yang menjadi "ikon" atau "idola" sekolah. Mereka ialah yang banyak berjasa kepada sekolah seperti menyumbang pingat emas di peringkat Daerah, Negeri dan lain-lain lagi.