PERHATIAN PENTING!:

LAMAN INI PALING SESUAI DILAYARI DENGAN PERISIAN MOZILLA FIREFOX. SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA..1. LAMAN INI ADALAH KESINAMBUNGAN DARIPADA LAMAN LAMA SKSB.IA HANYA MEMAPARKAN PERISTIWA BERMULA JANUARI 2013. 2.SILA KLIK BUTANG "ARKIB" (DI ATAS) JIKA ANDA INGIN MENGUNJUNGI LAMAN LAMA (2010 HINGGA 2012) TERSEBUT.3.LAMAN INI BERTUJUAN UNTUK PENDIDIKAN SAHAJA DAN TIDAK BERTUJUAN UNTUK MEMAPARKAN GAMBAR-GAMBAR YG. BERSIFAT PERIBADI... ATAU MENYINGGUNG MANA-MANA PIHAK....

CARIAN DI LAMAN INI...

Saturday 22 June 2013

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

TARIKH: 20 JUN 2013 (JUMAAT)
ANJURAN : KELAB GURU SKSB
PENGLIBATAN SEMUA MURID DAN KAKITANGAN SKSB
8.00-12.05 PETANG
SEKITAR SKSB

 NYANYIAN LAGU GURU MALAYSIA

 BACAAN YASIN SEMUA GURU DAN MURID

 UCAPAN DARI WAKIL MURID

 PERSEMBAHAN MURID DAN GURU

BACAAN SAJAK DARI PN. NORMURNI DAN KUMPULAN MURID PRA-SEKOLAH

TARIAN "SHUFFLE" OLEH MURID LELAKI TAHAP 2

PERSEMBAHAN LAGU "TERIMA KASIH CIKGU"  
OLEH MURID PEREMPUAN


JAMUAN DAN  ACARA  MEMOTONG KEK

 BACAAN IKRAR

 
PERSEMBAHAN SILAPMATA OLEH EN. SHAHRIN 
DAN DIBANTU OLEH MURID 4 BUDIMAN

Majlis dimulai dengan perhimpunan khas. Lagu Negaraku dan lagu negeri Pulau Pinang kemudiannya dinyanyikan. Seterusnya En. Bukhari membacakan doa selamat dan semua guru dan murid SKSB yang beragama Islam membaca Yaasin di tapak perhimpunan. Selepas itu ketua murid menyampaikan ucapan mewakili murid dan diikuti oleh  Tn. Guru Besar menyampaikan Perutusan dari Menteri Pendidikan.

 Majlis diteruskan lagi dengan bacaan ikrar dari semua guru dan terus menyanyikan lagu Guru Malaysia. Selepas itu murid menyampaikan hadiah kepada guru-guru. Selepas rehat murid dan guru memeriahkan sukaneka dan terus menuju ke foyer untuk menyaksikan persembahan dari murid dan guru. Antara persembahan pada hari tersebut ialah Tarian 1 Malaysia, Nyanyian dari kumpulan murid perempuan, tarian guru, sajak dari cikgu Murni dan murid pra-sekolah dan pertunjukan silapmata dari En. Shahrin.

Selepas semua murid pulang, guru-guru bertukar-tukar hadiah di antara satu sama lain dan menikmati jamuan hari guru yang ditaja oleh pengusaha kantin SKSB, En. Mohd. Hatta.

No comments:

Post a Comment